comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 38.88% telah mengundi setakat jam 1 petang – SPR

 

Foto: NSTP

HULU SELANGOR: Sebanyak 38.88 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 1 petang tadi.

Peratusan berkenaan dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka pada 8 pagi tadi membolehkan 39,269 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Semua pusat pengundian berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada jam 2 petang.

SPR mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu sekitar 60 peratus.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan),  Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini