comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 5 laluan ditutup sempena hari mengundi esok

Lima laluan di sekitar Kuala Kubu Bharu akan ditutup sempena hari mengundi bagi PRK DUN kawasan itu, esok. – Foto hiasan. – FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Lima laluan di sekitar Kuala Kubu Bharu (KKB) akan ditutup sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, penutupan sementara itu akan bermula pada jam 3 petang sehingga selesai.

“Penutupan dan lencongan membabitkan Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.

“Laluan alternatif yang boleh dilalui adalah Jalan Kubu, Jalan Dato Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato Balai, Jalan Syed Masyor dan Jalan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk supaya mematuhi arahan bagi melancarkan aliran trafik.

Untuk rekod, pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini