comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 50.87% telah mengundi setakat jam 3 petang – SPR

FOTO: NSTP

HULU SELANGOR: Sebanyak 50.87 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 3 petang tadi.

Peratusan terkini berkenaan dikemaskini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran dibuka pada jam 8 pagi tadi membolehkan 39,269 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Sehingga kini hanya pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada jam 2 petang tadi.

Pusat pengundian yang lain akan ditutup pada jam 6 petang ini.

SPR mensasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu sekitar 60 peratus.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan),  Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini