comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: 863: Polis, tentera dan pasangan undi awal esok

 

HULU SELANGOR: 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya  Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.

Proses pengundian akan berlangsung di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mengandungi tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Kedua-dua pusat mengundi awal akan dibuka mulai jam 8 pagi sebelum ditutup pada jam 5 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di sebelah pagi pada hari pengundian manakala ribut petir pada sebelah petang.

PRK itu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

DUN KKB mempunyai sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini