comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Calon PN melawat pusat pengundian di SK Bandar Baru Batang Kali

BATANG KALI: Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut melakukan lawatan di pusat pengundian di SK Bandar Baru Batang Kali kira-kira jam 8:30 pagi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru yang turut membabitkan calon lain iaitu Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka membabitkan 74 saluran, yang dikendalikan 760 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada Selasa lalu, 97 peratus atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mempunyai tiga tempat mengundi atau saluran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini