comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Kembar OKU tunai tanggungjawab

Pengundi kembar OKU, Muhammad Nazri Mohd Mazlan (kiri) dan Muhammad Nazmi, 25, selesai mengundi di SK Bandar Baru Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB). – Foto: NSTP

KUALA KUBU BHARU: Keterujaan mengundi mendorong pasangan kembar orang kurang upaya (OKU) melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Muhammad Nazmi Mohd Mazlan dan Muhammad Nazri, 25, yang mengalami masalah pembelajaran mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Batang Kali di sini, seawal jam 8 pagi tadi.

Dua beradik dari Taman Seri Batang Kali di sini mengakui tetap bersemangat memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan biarpun pernah melalui pengalaman sama sebelum ini.

“Ini bukan pengalaman pertama (mengundi) kerana sebelum ini pernah mengundi.

“Kami mahu tunaikan kewajipan sebagai rakyat tempatan. Kami pilih keluar awal (pagi) sebab tak mahu beratur panjang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sebanyak 18 pusat pengundian, membabitkan 74 saluran mengundi dibuka serentak bermula jam 8 pagi dan ditutup masing-masing pada jam 2 dan 6 petang.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini