comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Kempen berjalan baik, aman – KP Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada 10 laporan yang diterima, lima kertas siasatan dibuka dengan dua individu ditangkap dan sudah didakwa di mahkamah.

SHAH ALAM: Polis Selangor memaklumkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu berjalan dengan baik dan aman sekali.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada 10 laporan yang diterima, lima kertas siasatan dibuka dengan dua individu ditangkap dan sudah didakwa di mahkamah.

“Kempen PRK Kuala Kubu Bharu yang berlangsung sejak 27 April lalu akan berakhir tengah malam ini.

“Dalam tempoh ini, polis menerima 10 laporan membabitkan dengan lima dibuka kertas siasatan dan kes juga sudah dituduh di mahkamah.

“Kebanyakan laporan ini membabitkan kes mengikut Seksyen 4A(1),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, menjelang hari mengundi esok, seramai 1,133 pegawai dan anggota bersiap sedia di beberapa lokasi tertentu bagi memastikan keselamatan dan keadaan aman terus kekal.

Katanya, orang ramai termasuk calon yang bertanding juga diingatkan agar sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen yang berbaki.

“Elakkan sentuh 3R (raja, agama dan kaum), sebarang provokasi serta perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini sekaligus menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis Selangor turut ingin memberi jaminan keselamatan pada setiap pengundi untuk mereka keluar mengundi tanpa sebarang kerisauan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini