comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Pang Sock Tao berharap proses pengundian berjalan lancar

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao berharap proses pengundian hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Katanya beliau begitu bersemangat untuk menyaksikan lembaran baharu bagi kawasan Kuala Kubu Bharu selepas ini.

“Semoga ada lembaran baharu buat Kuala Kubu Bharu selepas hari ini”ujarnya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pusat Pengundian di SRJK (C) Khing Ming di Kuala Kubu Bharu sekitar jam 8.45 pagi tadi.

“Hari saya berasa amat bersemangat dan telah dapat rehat selama 5 jam.” katanya lagi.

Tambahnya beliau berharap semua pengundi di kawasan terbabit keluar menunaikan tanggungjawab.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Semua calon tidak mengundi hari ini kerana merupakan pengundi luar.

Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi 4,119.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini