comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Pengalaman kali pertama mengundi

Foto: NSTP

KUALA KUBU BHARU: Pengundi mula tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming seawal jam 8 pagi yang menjadi salah satu daripada 18 pusat mengundi di Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Antara yang tiba awal ialah pengundi kali pertama, pelajar Tingkatan Enam, Yap Yu Heng, 19.

“Saya tiba di pusat mengundi di sini pada 7.50 pagi hari ini untuk mengundi memandangkan saya ada program di sekolah nanti,” katanya ketika ditemui Berita Harian hari ini.

Katanya, memandangkan ini kali pertama mengundi, dia telah membuat kajian mengenai calon yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.

“Saya tahu ada empat calon yang bertanding. Jadi, saya buat kajian lebih awal.

“Saya harap calon yang dipilih menjadi wakil rakyat di sini akan terus mempromosikan dan menambah baik Kuala Kubu Bharu sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan pertandingan empat penjuru, antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini