comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Pengundi disarankan keluar mengundi awal

 

Foto: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

BATANG KALI: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu disarankan keluar mengundi awal.

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menyeru pengundi berbuat demikian kerana bimbang sekiranya cuaca tidak mengizinkan di sebelah petang.

“Saya harapkan (pengundi) segera keluar takut petang nanti takut hujan dan sebagainya.

“Saya mohon semua pengundi dapat keluar beramai-ramai (tunaikan) tanggungjawab kita sebagai pengundi dan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Foto: NSTP

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali.

Beliau yang tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira jam 8:30 pagi tadi menzahirkan rasa gembira dengan bilangan kehadiran pengundi di pusat mengundi itu.

“Alhamdulillah saya lihat agak menyeronokkan sebab pengundi ramai datang di pusat-pusat, saluran-saluran yang ada.

“Nampak agak ramai, saluran tiga agak ramai tak putus-putus dia punya beratur,  jadi Alhamdulillah petanda yang baik untuk pengundi-pengundi di sini.

“Kita harapkan keluar mengundi tu harus ada peningkatan sikit daripada yang lepas cuma sekitar 67 peratus,” katanya.

Tambahnya, beliau juga yakin dengan kempen PN sepanjang dua minggu terakhir dan meletakkan harapan untuk beroleh kemenangan.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini