comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang

Calon PH, Pang Sock Tao (dua kanan) dan kakak kembarnya Pang Sock Ying, bergambar bersama pengundi yang juga kembar Chan She Er, 25, dan Chan She Ni ketika meninjau pusat pengundian SJKC Khing Ming di Hulu Selangor hari ini.- Foto: Pang Sock Tao (Xiao Tao) / Facebook

HULU SELANGOR: Keterujaan pasangan kembar untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming pagi ini lebih menaikkan semangat mereka apabila tanpa disangka dapat bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sendiri bersama kembarnya, Pang Sock Ying.

Chan Sher Er dan kembarnya, Chan Sher Ni, 25, yang baharu selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) jam 8.30 pagi tadi.

Pang, 31, yang ditemani kembarnya itu berada di pusat mengundi sekolah berkenaan bagi meninjau perjalanan proses pengundian, dan kesempatan itu dimanfaatkan kedua-dua pasangan kembar berkenaan untuk bergambar sebagai kenangan.

“Ini kali kedua kami mengundi dan saya juga agak terkejut kerana rupa-rupanya salah seorang calon yang bertanding juga kembar macam kami, kami agak teruja,” kata Sher Ni kepada pemberita ketika ditemui di pusat pengundian itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi 18.05 peratus pemilih sudah pun menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi PRK itu dibuka serentak pada pukul 8 pagi tadi dan ia akan ditutup pada jam 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada jam 2 petang ini.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,269 pengundi yang akan men

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini