comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: PH menang undi awal(Tidak Rasmi) 

KUALA KUBU BHARU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, tumpuan ketika ini terarah ke Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini, memandangkan kesemua peti undi daripada 74 tempat mengundi dibawa ke sini.

Selasa lepas, 97 peratus atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di dua pusat mengundi awal.

Pusat mengundi awal ialah di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mempunyai tiga tempat mengundi atau saluran.

Berdasarkan perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook hari ini keputusan tidak rasmi menyaksikan calon PH Pang Sock Tao memperoleh 592 undi bagi undi awal.

Manakala tiga lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 156 undi, manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh 1 satu undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini