comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK KKB: PH mengekalkan kemenangan dengan majoriti 3,869 undi

 

KUALA KUBU BHARU: Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu apabila calon daripada DAP, Pang Sock Tao menewaskan tiga lawannya dengan majoriti 3,869 undi.

Sock Tao memperoleh 14,000 undi menewaskan calon BERSATU, Khairul Azhari Saut yang mewakili Perikatan Nasional (PN) 10,131 undi, Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) 152 undi dan calon Bebas, Nyau Ke Xin mendapat 188 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK KKB di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya turut mengumumkan peratusan yang keluar mengundi hari ini ialah sebanyak 61.5 peratus.

Pada Selasa lepas, 97 peratus atau 769 anggota polis, tentera dan pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri, Kem Erskine dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mempunyai tiga tempat mengundi atau saluran.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti 4,119 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini