comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: PM hargai bantuan UMNO, BN

BAGAN DATUK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membantu Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Ia termasuk kejayaan menguasai enam daripada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, semalam.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Anwar yang juga Pengerusi PH, menyampaikan ucapan terima kasih menerusi panggilan telefon hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri menghubungi beliau sebelum berlepas ke Qatar bagi lawatan rasmi atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, selain sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Qatar.

Ahmad Zahid berkata, Anwar sangat gembira kerana jumlah undi Melayu kepada calon PH menunjukkan peningkatan di semua lapan PDM majoriti Melayu berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun lalu.

“Semua lapan PDM yang dijaga UMNO meningkat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kemenangan PH pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu semalam menyaksikan enam daripada lapan PDM majoriti Melayu dikuasai PH, berbanding PRN Selangor tahun lalu yang menyaksikan PH tewas di semua PDM berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini