comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Proses mengundi aman, tiada aktiviti raih undi

Sebahagian daripada orang asli yang keluar mengundi di Pusat Mengundi, Pusat Pembangunan Pendidikan Peretak di Kampung Orang Asli Peretak sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Bharu.- Foto: NSTP

KUALA KUBU BHARU: Proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini berlangsung aman tanpa gangguan aktiviti meraih undi di sekitar kawasan pusat pengundian.

Tinjauan BH mendapati tiada sebarang aktiviti memegang bendera atau membina pondok panas sepertimana berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.

Tinjauan dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pechah dan SJKC Bukit Fraser (Tapak Lama).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, mana-mana parti yang mengibarkan bendera parti tidak menjadi kesalahan sekiranya dilakukan lebih 50 meter dari pusat pengundian, iaitu jarak yang dibenarkan SPR.

PRK kali ini menyaksikan saingan empat penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN) berdepan lawan daripada Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran mengundi akan mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di SKJC Bukit Fraser (Tapak Lama) yang mempunyai 40 orang pengundi dan ditutup 2 petang tadi.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini