comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK KKB: Semangat warga emas memangkah kertas undi biarpun diusung menaiki katil

 

HULU SELANGOR: Biarpun terpaksa diusung menaiki katil, namun ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Zul Majid, 63, yang lumpuh separuh badan itu terpaksa menggunakan khidmat ambulans swasta untuk ke Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampang Pechah di sini, sambil diiringi isteri, Dalilah Abas, 61, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab warganegara, Zul bertekad untuk tidak melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.

“Biarpun pergerakan terbatas, pak cik tetap mahu mengundi kerana ia kewajipan dan fardu ain. Kalau ada orang angkat, insya-Allah (keluar mengundi), jika tidak, tak dapatlah pak cik mengundi.

“Saya mahu wakil rakyat yang dipilih nanti dapat menjaga rakyat, soal agama (dan) bangsa jangan jadi pertikaian, paling penting berkhidmat sebaiknya untuk rakyat yang sudah memilih,” katanya sambil menambah hanya sekali tidak mengundi sepanjang hayatnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini