comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: SPR sasar 75 peratus keluar mengundi

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan  sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh optimis sasaran itu mampu dicapai.

“Untuk pada 11 haribulan ini saya mengharapkan semua pengundi dapat keluar mengundi dan sebagaimana biasa kita mengjangkakan satu peratusan yang baik pada saya kita target melebihi 75 peratus” beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pengundian Awal Rejimen Semboyan Divisyen ke 4 Infantri pagi tadi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu untuk keluar menunaikan tanggungjawab.

“Jangan kita rasa tidak perlu keluar mengundi, sama sahaja ini biasa,mungkin dia rasa tanggungjawab dipandang ringan,satu undi adalah membina kepada pentadbiran negara”, ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini