comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Polis lulus 38 permit untuk aktiviti berkempen

Foto fail

KLUANG: Polis meluluskan 38 permit kepada dua parti yang bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk berkempen sejak hari penamaan calon, 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrain Mohd Noh berkata, satu permohonan ditolak kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran untuk mengadakan tayangan “Big screen” daripada pejabat daerah.

Katanya, sebahagian besar permit yang dilupakan bagi tujuan syarahan awam, ceramah berkelompok, speaker corner, walkabout, siar raya bergerak, busking dan program taqarub.

“Daripada 38 permit yang dipohon, 9 diluluskan untuk Barisan Nasional (BN) manakala 29 lagi untuk Perikatan Nasional (PN)” katanya dalam satu kenyataan.

Kempen yang masuk hari kelima tidak merekodkan sebarang kejadian tidak diingini.

ACP Bahrain menasihatkan parti dan calon yang bertanding sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan SPR semasa berkempen bagi mengelak sebarang tindakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini