comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Pulai: Lebih 900 anggota, pegawai polis mengundi awal esok

 

JOHOR BAHRU: Seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, esok.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 46 orang akan mengundi di pusat mengundi awal Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

Kedua-dua pusat mengundi awal akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi, namun tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah sehingga 12 tengah hari.

Sementara itu, pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua, akan ditutup pada 5 petang.

PRK itu diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN tersebut.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lalu berakhir pada 11.59 malam, 8 September. – BERNAMA

Loading...
Terkini