
TERENGGANU: 766 permit ceramah kempen PRU DUN diluluskan Polis Kontinjen Terengganu bermula hari penamaan calon 29 Julai lalu sehingga semalam.
78 daripadanya diluluskan semalam melibatkan Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan juga MUDA.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua 66 calon yang bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri diingatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Ia termasuk menghentikan semua aktiviti kempen bermula 12.01 malam ini.
Bagi menghadapi PRU DUN ke 15 esok Datuk Mazli berkata, pelbagai elemen telah diaturgerak dalam memastikan proses pengundian berjalan lancar.
Pelbagai langkah keselamatan juga telah diambil bagi menjamin keselamatan semua pengundi.
Orang ramai juga dinasihat tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Polis Kontinjen Terengganu akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang provokasi.
Untuk rekod, 4 ribu 400 pegawai dan anggota ditugaskan bagi menghadapi PRU DUN Kali ini.