
KUALA LUMPUR: Parti komponen Pakatan Harapan (PH), DAP, sedang mendahului di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Selangor.
Sehingga jam 7.30 malam ini, DAP, melalui calonnya, Quah Perng Fei, dilihat selesa mendahului di DUN Bandar Baru Klang dengan 18,064 atau 22 peratus undi berbanding Perikatan Nasional (PN), 2,046 undi (tiga peratus).
Secara keseluruhan terdapat 82,826 kertas undi di Bandar Baru Klang, dengan jumlah yang dikira sehingga jam 7.30 malam ialah 20,110 undi.
Selain itu, DAP turut mendahului di DUN Balakong melalui calonnya, Ong Chun Wei dengan 23,676 undi atau 23 peratus, berbanding PN yang hanya memperoleh 4,916 undi (lima peratus).
DUN Seri Kembangan turut didahului DAP, melalui calonnya, Wong Siew Ki, dengan 11,073 undi atau 18 peratus berbanding PN, 971 undi (dua peratus).
12 DUN lain didahului DAP ialah Sekinchan dengan 6,035 undi; Kuala Kubu Bharu (1,303); Teratai (3,249), Kinrara (7,778); Subang Jaya (709).Bukit Gasing (3,546); Kampung Tunku (9,170); Bandar Utama (512); Pandamaran (11,016); Kota Kemuning (7,725); Banting (392) dan Sungai Pelek (2,251).
Secara keseluruhan, terdapat 56 DUN di Selangor dengan 15 kerusi diperuntukkan kepada DAP, AMANAH (sembilan); 12 Barisan Nasional (BN) dan baki ditandingi PKR.