comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN: Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah – FOTO : NSTP

ISKANDAR PUTERI: Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah diberi tanggungjawab mengetuai jentera pemuda parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Hairi berkata perkara itu diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh baru-baru ini.

“Saya telah dilantik untuk mengetuai jentera pemuda bagi PRN di enam negeri dan pastinya saya akan menggerakkan jentera ini secara tersusun dan sistematik.

“Justeru itu, saya akan mengarahkan jentera-jentera pemuda di seluruh Malaysia untuk turun bagi membantu gerak kerja di enam negeri nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Penyelarasan Southern Volunteers Prihatin@ Johor Future 2023, di sini hari ini.

Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin berkata beliau juga akan bertemu barisan pemuda parti komponen dalam Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bagi merangka strategi sebagai persediaan menghadapi PRN dalam masa terdekat. – BERNAMA

Loading...
Terkini