comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN: Jangan sentuh isu 3r – Saifuddin

 

 

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) diperingatkan supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lalu akan membuat pemantauan dan tindakan undang-undang boleh diambil polis serta disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak ‘surut’ dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti,” katanya dalam wawancara editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini baru-baru ini.

“Saya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend berkenaan (politik gunakan isu 3R),” katanya.

Sementara itu, mengenai persiapan PRN di enam negeri, beliau berkata PDRM sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu.

“SOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya pada PRN,” katanya. – Bernama

Loading...
Terkini