comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN: PH-BN menang besar di Negeri Sembilan

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 14 kerusi manakala Perikatan Nasional hanya menawan lima kerusi.

“Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi ini, tiada mana-mana parti yang berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya pada sidang media di Menara SPR, di sini hari ini.

Setakat jam 4 petang tadi, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi di negeri berkenaan adalah sebanyak 62 peratus.

Seramai 864,425 pemilih berdaftar di negeri tersebut membabitkan 838,200 pengundi biasa; 6,335 polis dan pasangan; 19,744 tentera serta pasangan; dan 146 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menyeru rakyat di Negeri Sembilan supaya memperkuatkan kerajaan negeri dan mempertahankan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar pada PRN.

Anwar berkata, dengan cara itu kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan penyelesaian masalah rakyat di negeri ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan selepas menguasai 20 daripada 36 kerusi.

Loading...
Terkini