comscore
Tumpuan :
Nasional

Probowo diramal peroleh undi majoriti

 Prabowo Subianto, Anies Baswedan & Ganjar Pranowo.- Foto: Reuters.

JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto diramal mencapai nilai ambang 50 peratus yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya pada 14 Februari ini berdasarkan tinjauan terbaharu pada Jumaat.

Daripada 1,200 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan Indikator Politik Indonesia antara 28 Januari dan 4 Februari lalu, 51.8 peratus berkata mereka akan mengundi Prabowo, manakala 24.1 peratus dan 19.6 peratus masing-masing akan memilih pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo.

Pilihan raya itu menandakan pencalonan presiden yang ketiga bagi Probowo yang juga Menteri Pertahanan Prabowo, bekas tentera kontroversi yang dikalahkan Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada 2014 dan 2019.

Kira-kira 205 juta orang didaftarkan untuk mengundi.

Walaupun kebanyakan tinjauan yang paling banyak diberikan tumpuan di Indonesia secara konsisten menunjukkan Prabowo mempunyai kelebihan yang kukuh berbanding pesaingnya, tinjauan pada Jumaat adalah yang pertama mengunjurkan beliau memperoleh lebih 50 peratus undi.

Calon presiden Indonesia, Ganjar Pranowo, Prabowo Subianto dan Anies Baswedan ketika menyertai debat pada 12 Disember 2023.- Foto: Reuters

“Run-off” (pemilihan pusingan kedua) akan diadakan pada Jun ini jika tiada calon yang mendapat lebih daripada 50 peratus undi.

Anak lelaki presiden, Gibran Rakabuming Raka ialah calon gandingan Prabowo, berikutan keputusan saat akhir oleh mahkamah yang diketuai abang ipar Jokowi untuk menukar peraturan kelayakan.

Hampir 90 peratus responden berkata mereka percaya presiden menyokong Prabowo, lebih berbanding Anies dan Ganjar, yang juga calon parti pemerintah Jokowi.

Jokowi berkata beliau tidak akan berkempen untuk mana-mana calon.

Sementara itu, bekas Presiden Indonesia dan ketua parti terbesar, Megawati Sukarnoputri menasihatkan menteri supaya tidak keluar daripada kabinet pimpinan Jokowi, ketika media melaporkan mengenai kemungkinan peletakan jawatan itu susulan Jokowi dianggap campur tangan dalam pilihan raya presiden.

Dalam satu temu bual yang jarang berlaku, Megawati berkata beliau sudah menasihatkan menteri kewangan dan lima menteri daripada partinya, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) supaya kekal atau berisiko menggugat kestabilan negara.

“Jika saya suruh menteri letak jawatan, siapa yang rugi? Ia (kerugian) akan kepada negara, terutama jika kita bercakap mengenai menteri kewangan,” katanya kepada Kompas TV.

Pasaran bimbang bahawa Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati mungkin akan keluar daripada kabinet, di tengah-tengah kritikan umum yang meluas mengenai campur tangan politik Jokowi dan kurang berkecuali dalam pilihan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini