comscore
Tumpuan :
Nasional

Program eBelia Rahmah tahun depan ikut keupayaan kewangan

KUALA LUMPUR: Program eBelia Rahmah kemungkinan akan diteruskan pada tahun hadapan, kepada mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata namun keputusannya tertakluk kepada keupayaan kewangan negara.

“Saya memberi jaminan sedaya upaya untuk mengurangkan beban rakyat terutama dalam kalangan mahasiswa tetapi kita tengok dahulu seawal tahun hadapan.

“Kita tengok dahulu berapa pendapatan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mungkin hasil bertambah disebabkan Ketua Pengarah baharu yang dinamik, selain Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kalau hasil bertambah, boleh belanja,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Turut sama menjadi ahli panel ialah kedua-dua timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kredit e-tunai berjumlah RM200 melalui program eBelia Rahmah diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah sebelum ini dilaksanakan mulai 26 Jun hingga 22 Ogos.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini