comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek HSR: Kerajaan teliti kesan tarik diri sebuah firma Jepun

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SEPANG: Kerajaan akan meneliti kesan langsung susulan sebuah firma daripada Jepun menarik diri daripada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baru sahaja menerima laporan itu hari ini.

“Saya akan teliti perkara itu. Saya baru terima laporannya,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hijrah di Persiaran Desa Pinggiran Putra.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membina projek HSR membabitkan nilai RM110 bilion sepanjang 350 kilometer.

Projek itu dijangka dapat memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Al-Hijrah dan menjamu selera di sebuah restoran di kawasan sama.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini