comscore
Tumpuan :
Nasional

Projek tanaman bantu pembelajaran, tingkat kehadiran murid ke sekolah

ARAU: Projek tanaman yang awalnya cuma eksperimen Sains, kini menjadi amalan yang diketengahkan di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah di Arau, Perlis.

Inisiatif yang dimulai guru Sains sekolah terbabit, Ku Liana Farhany Ku Abdul Halim, juga dilihat mampu membantu murid dalam pelbagai subjek lain.

Sejak tanaman mula dituai 3 hari lalu, murid diberi kesempatan untuk terlibat dalam aktiviti jualan yang secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pengiraan.

“Bukan sahaja subjek Sains sebagai subjek hos dan juga Reka Bentuk dan Teknologi, secara tidak langsung kita boleh melihat subjek lain boleh turut menggunakan bahagian lapangan ini untuk mengajar subject subjek mereka.

“Contoh ketika pembeli datang membeli saya sebagai guru memantau dan mengarahkan murid bagaimana untuk melayan pelanggan, berkomunikasi dengan pelanggan.

“Itu yang kita nak, mereka belajar secara lapangan dan nyata tidak hanya berada dalam kelas secara konvensional,” jelas Cikgu Ku Liana.

Projek di lapangan yang dinamakan sebagai Usahawan Tani Ellie’s Hidroponik itu, bermula sejak November lalu dengan 500 benih sawi, lobak dan salad sebagai permulaan.

Ia merangkumi silibus Sains dari tahun 1 hingga 6 mengenai tumbuhan, iaitu tentang percambahan benih, pembiakan, fotosintesis, pencaran dan pengawetan makanan.

Projek yang mendapat bantuan peralatan dan kursus dari Jabatan Pertanian itu, diberi tanggungjawab kepada murid di tahap 2 untuk menguruskannya dengan bimbingan Cikgu Liana.

Bagi guru besar SK Kubang Gajah, Mazlan Abu Bakar, projek tanaman ini  dillihat membawa impak positif apabila turut  menyumbang peningkatan peratusan kehadiran murid ke sekolah.

“Saya melihat konsep ini mungkin boleh menjadi satu dorongan. Contoh anak anak murid saya bila mereka datang ke sekolah mereka tengok dulu pokok pokok mereka dulu segar menghijau… kemudian baru mereka masuk ke kelas,” kata Mazlan.

Bagi murid, pengajaran di luar bilik darjah memberikan mereka pengalaman baharu yang menyeronokkan.

Yang pastinya, ia memberi manfaat kepada mereka bukan sahaja dalam Sains dan Matematik tetapi dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan penulisan karangan serta matapelajaran Seni untuk menggambarkan lukisan.

Projek terbabit telah membawa pulangan lebih 400 ringgit setakat ini, di mana peniaga burger dan kedai makanan turut mendapatkan sayuran segar di sini selain jualannya mendapat sambutan dalam kalangan guru dan komuniti setempat.

Loading...
Terkini