comscore
Tumpuan :
Nasional

Promosi aktiviti persundalan di media sosial, 5 ditahan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi E-Noda (Op E-Noda) menahan lima individu yang disyaki mempromosi aktiviti persundalan menerusi media sosial, semalam.

Operasi dilaksanakan pasukan Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah kediaman di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor, pada jam 4 petang.

Menerusi operasi itu, polis menahan lima individu termasuk dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) D7 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata risikan mendapati sindiket ini mempromosi aktiviti seks, menjual rakaman video lucah serta ubatan seks melalui laman media sosial.

Katanya, semakan ke atas akaun TikTok milik sindiket ini mempunyai 226,000 pengikut yang aktif dalam media sosial terbabit.

“Modus operandi sindiket ini ialah mengajak orang ramai melanggan saluran Telegram milik sindiket ini dengan bayaran sekitar RM450 sehingga RM550 untuk setiap langganan.

“Sindiket ini juga akan menggunakan talian WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan bagi mengatur pengiklanan dan pertemuan serta pembayaran sekiranya pelanggan bersetuju untuk mendapatkan khidmat seks,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, hasil siasatan juga mendapati sindiket ini mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dengan menjalankan aktiviti penjualan ubat dan promosi persundalan di media sosial.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 6(1)(c) akta Imigresen 1959/63.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini