Tumpuan :
Nasional

Proses rekod keterangan pasangan pengasas FashionValet bersambung hari ini

Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan hari ini.

Kenderaan membawa pasangan suami isteri, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar itu

tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 2.50 petang.

Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan berkenaan dijalankan selepas SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

DBP lantik pempengaruh sebagai ikon bahasa bantu beri asas penggunaan bahasa
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang itu.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 November lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini