comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: 143 anggota polis pantau keselamatan di Larut.

LARUT: 143 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di kawasan pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Larut Matang dan Selama (LMS) bagi mengawal keselamatan dan kelancaran trafik esok.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, pihaknya akan membuat kawalan dikawasan penamaan calon itu seawal jam 7 pagi sehingga proses penamaan calon selesai.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa, dijangka akan berlaku pertembungan dalam skala besar dikalangan ahli dan penyokong daripada tiga parti utama iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kehadiran penyokong dijangka boleh mencecah 5,000 orang dan kita telahpun membuat persiapan rapi termasuk menggunakan kekuatan penuh anggota.

“Bagi memastikan kelancaraan proses itu, laluan utama iaitu Jalan Wan Razali di Stesen Bas Selama hingga ke simpang lampu isyarat Pekan Selama akan ditutup bermula jam 12 tengah malam ini.

“Selain itu polis juga tidak akan membenarkan sebarang pergerakan kenderaan secara berkumpulan (konvoi) sepanjang hari penamaan itu bagi mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama.

Terdahulu Polis Perak telah menyenaraikan Parlimen Larut antara lokasi yang akan menjadi tumpuan pada hari penamaan calon.

Loading...
Terkini