comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: 42 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

Orang ramai beratur untuk mengundi. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), setakat jam 12 tengah hari tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian PRU-15 bermula secara rasmi pada jam 7.30 pagi tadi di Sabah, Sarawak dan Labuan, manakala di Semenanjung Malaysia pula jam 8 pagi.

Turut diadakan serentak kali ini ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi 21,173,638 pemilih terdiri daripada 20,853,681 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan, dan 2,741 pengundi tidak hadir luar negara. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini