comscore
Tumpuan :
Nasional

 PRU-15: 58 peratus keluar mengundi setakat jam 2 petang ini

Sebahagian pengundi beratur untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 bagi parlimen Titiwangsa di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda. FOTO: Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat 2 petang hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peratusan itu sedikit rendah berbanding PRU-14 menyebabkan beberapa pemimpin utama parti menyeru orang ramai supaya segera keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup jam 6 petang.

Proses pengundian PRU-15 bermula secara rasmi jam 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia, ia bermula jam 8 pagi.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang anggota tentera serta pasangan, 118,794 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini