comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Aguero teruja mengundi, bangga jadi warganegara Malaysia

Aguero mengundi bagi kerusi DUN Semambu dan Parlimen Indera Mahkota. FOTO: Ihsan Sergio Aguero

KUANTAN: Pemain naturalisasi, Sergio Aguero teruja menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia apabila mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hari ini.

Aguero yang juga pemain bola sepak Sri Pahang FC mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semambu di sini.

“Saya berbangga kerana menjadi warganegara Malaysia dan menunaikan tanggungjawab (mengundi) buat kali pertama.

“Harapan saya semoga Malaysia akan membentuk kerajaan yang stabil,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Aguero yang menyarung jersi Sri Pahang itu mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Semambu dan Parlimen Indera Mahkota.

Pada 16 September lalu, Aguero mengesahkan memiliki status warganegara Malaysia.

Penyerang itu berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status warganegara.

“Kuantan adalah tempat yang istimewa untuk saya serta keluarga. Saya jatuh hati dengan makanan, masyarakat yang sangat baik dan paling penting saya menemui ketenangan di sini bersama keluarga,” kata Aguero. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini