comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Ahmad Maslan pengundi pertama di SK Sri Bahagia

Ahmad Maslan menjadi pengundi pertama di SK Sri Bahagia Kampung Lubk Sipat, Benut. – Foto: NSTP

PONTIAN: “Jam 7.59 pagi saya sudah tiba di depan pintu utama, tepat jam 8 pagi saya masuk dan terus mengundi, ” kata calon parti Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerusi Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau ditemui selepas keluar mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bahagia Kampung Lubuk Sipat, Benut, pagi ini.

Walaupun hujan, kehadirannya yang awal di pusat mengundi berkenaan secara langsung mendahului pengundi lain.

Ahmad yang ditemani isteri, Datin Seri Noraini Sulaiman, 56, berkata bersyukur hujan sejak dua jam lalu tiada kejadian banjir berlaku.

“Saya harap 99 peratus daripada pengundi dapat menjalankan tanggungjawab bagi menentukan kemakmuran dan kesabilan.

“Jumlah pengundi semakin ramai, setidak-tidaknya 75 peratus dapat mengundi walaupun hujan lebat berterusan, ” katanya.

Katanya, menukar kerajaan bukan seperti menukar baju, justeru pengundi perlu bijak memilih dan pada masa sama berfikir matang apabila memangkah di bilik pengundian.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Pontian berdepan saingan empat penjuru, Isa A Hamid calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Maslan calon Barisan Nasional (BN), Shazwan Zainal Abidin calon Pakatan Harapan dan Jamaluddin Mohamad (PEJUANG). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini