comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Bomba bantu penduduk Kuala Lipis, Pekan keluar mengundi

ANGGOTA bomba membawa penduduk dengan bot untuk ke pusat undi. FOTO Bernama.

Kuantan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang hari ini, membantu membawa keluar lebih 200 penduduk kampung di Kuala Lipis dan Pekan dekat sini untuk mengundi selepas laluan keluar kampung itu dinaiki air.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang Zulfadli Zakaria berkata, 240 pengundi di Kampung Binjai, Kuala Lipis dibawa keluar menggunakan bot secara berperingkat selepas jambatan di laluan utama kampung itu terjejas akibat banjir.

Sementara di Pekan, bantuan melibatkan 20 penduduk di Kampung Mentiga yang terkandas selepas jalan di kampung itu tidak selamat untuk dilalui.

“Operasi membawa penduduk di kedua-dua kampung itu juga melibatkan bantuan daripada pasukan penyelamat lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Harian Metro

Loading...
Terkini