comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Calon BN Padang Serai akur keputusan SPR

Calon Barisan Nasional (BN), Parlimen Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran

Oleh Kumaran Rajamoney

PADANG SERAI: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menangguhkan pilihan raya umum kawasan itu kepada tarikh baharu pada 7 Disember depan.

Sivaraj berkata beliau sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan SPR serta berpegang kepada sistem demokrasi yang adil.

“Saya memohon kepada warga Padang Serai agar membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya kecil (PRK), 7 Disember nanti agar kita dapat membawa perubahan besar sekali gus memeriahkan Padang Serai,” katanya.

Beliau juga memohon jentera BN meneruskan semangat penjuangan sehingga ke saat yang terakhir.

Pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas calon dari Pakatan Harapan (PH), Karupaiya Mutusami meninggal dunia Rabu lalu selepas mengalami komplikasi jantung.

Serentak itu, SPR menunda pilihan raya kawasan itu ke tarikh baharu iaitu pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember.

Calon-calon PRU-15 layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon pada 24 November ini, bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan semula giliran pada kertas undi.

Sementara bakal calon baharu yang ingin bertanding untuk merebut kerusi parlimen Padang Serai, perlu menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR.

Loading...
Terkini