comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRU-15: Calon BN Parlimen Kota Tinggi lawat tebing runtuh

 

KOTA TINGGI : Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin meninjau lokasi kejadian tebing runtuh di Felda Air Tawar 3.

Beliau tiba dilokasi kira-kira jam 8.15 pagi diiringi beberapa penduduk tempatan.

Dalam Kejadian jam 7.30 petang semalam tebing berhampiran sebuah rumah penerola runtuh selepas hujan berterusan sejak jam 3 petang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sistem peparitan tersumbat dan menghalang aliran air.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitanden Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini