comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRU-15: Calon meninggal dunia, pengundian DUN Tioman ditangguhkan

KUANTAN: Pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hari ini, ditangguhkan berikutan kematian calon daripada Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli.

Beliau berkata, susulan kematian calon terbabit, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu, media melaporkan Md Yunus disahkan meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Rompin.

Semalam, SPR menetapkan pengundian PRU-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda ke 7 Disember depan berikutan kematian seorang calonnya daripada Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dipetik berkata justeru hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditetapkan pada 24 November ini, manakala hari mengundi awal pula 3 Disember. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini