comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Dapatkan pelbagai maklumat sebelum keluar mengundi

Pasangan kembar, Dayini Zulqamaria (kanan) dan Dayana Zulqamarina menjalankan tanggungjawab mengundi kali pertama di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1. Foto: NSTP

PASIR GUDANG: Berbeza ideologi dalam politik tidak menjadi masalah besar kepada pasangan kembar seiras, Dayini Zulqamaria Zulkifli dan Dayana Zulqamarina Zulkifli, 25, untuk bermasam muka, memandangkan mereka berharap negara ditadbir ke arah yang lebih baik.

Menurut Dayini, mereka mengharap kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini dapat melakukan sesuatu perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami harap, kerajaan baharu nanti akan buat sesuatu yang lebih baik untuk kemudahan rakyat, bukan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Banyak yang boleh diberi perhatian seperti isu jalan, pekerjaan dan pengangkutan yang dapat membantu rakyat kerana rakyat banyak yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya yang ditemui selepas menjalankan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 di sini, hari ini.

Mereka yang pertama kali mengundi itu hadir bersama ibu, Sa’diah Suriff, 53, dan tiba di pusat mengundi kira-kira jam 7.50 pagi.

Dayana berkata, walaupun mereka kali pertama mengundi, tetapi mereka teruja dan tenang kerana sudah mendapatkan pelbagai informasi sebelum datang mengundi.

“Ini kali pertama mengundi walaupun kami sudah mendaftar sejak usia 21 tahun, tetapi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu, kami tidak dapat mengundi kerana masalah kesihatan.

“Kami keluar mengundi hari ini dengan perasaan yang tenang,” katanya yang tinggal di Taman Sierra Perdana di sini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini