comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Ibu dalam pantang tunai tanggungjawab mengundi

Siti Najuwa Md Azmi bersama anaknya Amar Merican.

Oleh Kumaran Rajamoney

PADANG TERAP: Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang, Siti Najuwa Md Azmi, 32, antara pengundi yang tiba awal untuk mengundi di sini.

Dia hadir bersama anak ketiganya, Amar Merican yang baru berusia 40 hari pada jam 8.30 pagi.

Siti Najuwa yang bertugas sebagai guru di Pulau Pinang berasa gembira dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

“Anak saya masih menyusu badan. Jadi, saya rasa mudah sekiranya saya membawanya ke pusat mengundi.”

“Mulanya saya beratur bersama pengundi yang lain namun telah diberikan laluan mudah untuk mengundi terlebih dahulu oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Selesai menjalankan tanggungjawab, Siti Najuwa pulang ke Pulau Pinang bagi membolehkan suaminya Muhammad Hamizi Merican mengundi di sana.

Siti Najuwa merupakan antara 3,095 pengundi berdaftar yang mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Naka.

Loading...
Terkini