comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Ibu muda kendong bayi berusia tiga hari keluar mengundi

Aleh Jasin bersama bayinya, Mas Nawi Fakri yang berusia tiga hari ketika ditemui di SK Kuala Betis, di sini, hari ini. NSTP/ Paya Linda Yahya.

GUA MUSANG: Seorang ibu muda wanita Orang Asli yang baru tiga hari bersalin, tetap bersemangat keluar menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini, hari ini.

Aleh Jasin, 20, hadir sambil mengendong anak sulungnya, Mas Nawi Fakri, kerana sukar untuk ditinggal di rumah.

“Hari ini saya datang jam 9 pagi untuk mengundi buat pertama kali bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Saya terpaksa membawa bayi yang masih berusia tiga hari kerana dia menyusu badan,” katanya ketika ditemui di SK Kuala Betis, di sini, pagi tadi.

Aleh berkata, dia keluar mengundi secara membonceng motosikal yang ditunggang oleh ibunya.

Di lokasi sama, seorang lagi ibu muda, Norlaila Awang, 32, turut keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dalam keadaan berpantang.

Katanya, dia terpaksa membawa anak keduanya, Hafiiy zafran Marzuki, yang baru berusia 24 hari kerana suaminya mengundi di Pahang.

“Alhamdulillah, kira-kira jam 8.15 pagi urusan mengundi siap. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak membantu memudahkan urusan,” katanya yang sudah tiga kali mengundi dalam PRU. – Berita Harian

Loading...
Terkini