comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Jangan salah guna masjid, surau

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

KOTA BHARU: Semua parti politik diingatkan agar tidak menyalahguna masjid dan surau untuk tujuan kempen yang dilarang di premis terbabit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ia bagi bagi memastikan institusi itu terpelihara daripada sebarang aktiviti kempen.

“Pihak berkuasa sudah ada garis panduan sendiri dan saya yakin pihak masjid dan surau tidak terbabit dengan aktiviti pemasangan bendera pasti di premis berkenaan.

“Justeru, saya menyeru supaya semua parti berlawan dengan suasana yang harmoni tanpa membabitkan instisusi masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Penambang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, walaupun setiap individu mempunyai hak memilih, namun menyalahgunakan premis untuk tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan.

“Untuk mengundi, berkempen atau menyokong mana-mana parti tidak mempunyai masalah, cuma tidak mahu masjid atau surau dijadikan tempat berpolitik,” katanya.

Loading...
Terkini