comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Jumlah pengundi setakat 3 petang lepasi PRU-14

Anggota polis mengiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa turun peti undi dari Dataran Stesen Atas Bukit Bendera untuk dihantar ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang hari ini. – Foto NSTP/Mikail Ong

KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia yang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, sudah melebihi jumlah keseluruhan pengundi yang menjalankan tanggungjawab itu pada PRU14.

Setakat jam 3 petang tadi, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 65 peratus atau lebih 13.5 juta pengundi sudah keluar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat masing-masing di seluruh negara.

Peratusan itu masih belum mengambil kira 365,686 kertas undi pos yang dikeluarkan SPR sejak 7 November lalu.

Meskipun peratusan itu masih lebih rendah berbanding PRU14 yang mencatat keseluruhan 82.32 peratus keluar mengundi, namun jumlah pengundi PRU15 setakat ini sudah melebihi jumlah pengundi pada PRU14.

Pada PRU14 empat tahun lalu, jumlah 82.32 peratus yang keluar mengundi adalah bersamaan dengan 12,299,514 daripada keseluruhan 14,940,624 pengundi.

Dalam PRU15, jumlah pengundi keseluruhan meningkat kepada 21,173,638 berikutan pelaksanaan daftar pemilih automatik dan pembabitan pengundi berusia 18 tahun ke atas.- Berita Harian

Loading...
Terkini