comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Kali ini Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mengundi

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

KUALA LUMPUR: “Kami ‘first time’ (kali pertama).”Demikian kata pasangan selebriti suami isteri, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang pertama kali mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.

Menerusi hantaran gambar dan video di Instagram Hanis, pasangan itu menunjukkan jari telunjuk yang bercalit dakwat ungu sebagai tanda mereka sudah selesai membuang undi.

Perkongsian itu juga sekali gus menjawab teka-teki dalam kalangan netizen sama ada pasangan itu keluar mengundi atau tidak kali ini.

Malah, sepanjang dua minggu bahang PRU-15, pasangan itu dihujani pertanyaan dalam kalangan pengikut mereka di Instagram selain mengingatkan mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Tahniah akhirnya sah menjadi warga negara Malaysia. Tak sia-sia guru sejarah mendidik mereka berdua dulu,” komen seorang pengikut.

“Akhirnya. Baguslah begini. Sebagai selebriti kena la tunjuk contoh yang terbaik kan,” kata seorang lagi pengikut.

Di Twitter pula, beberapa pengguna akaun membuat ciapan yang mengimbas semula tindakan pasangan itu yang tidak keluar mengundi.

Terdahulu, Hairul dan Hanis mengaku mereka tidak keluar mengundi pada PRU-14 kerana terikat dengan komitmen kerja ketika itu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini