comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Kamarudin langgar peraturan SPR?

Kamarudin memakai lencana PN di bajunya ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik, hari ini.

KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar didakwa melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika hari mengundi.

Penyandang kerusi Parlimen itu didapati memakai lencana PN di bajunya ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik, hari ini.

Tindakan itu juga tidak dikesan petugas SPR yang bertugas di hadapan pintu masuk pusat mengundi dan ia mungkin satu kekhilafan tidak disengajakan.

Namun tindakan itu sebenarnya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seksyen 26(g) yang boleh disabitkan hukuman penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini