comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRU-15: Lebih 13,000 pegawai, anggota digerakkan – Polis Selangor

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Polis Selangor menggerakkan lebih 13,000 pegawai dan anggota bagi penugasan dan kawalan keselamatan di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata bagi memastikan penugasan PRU-15 berjalan lancar, seramai 13,836 pegawai dan anggota ditempatkan di lokasi seperti pusat mengundi, saluran, pusat penjumlahan undi dan juga kawalan keselamatan.

“Bagi penamaan calon esok, kita mengatur gerak seramai 4,956 pegawai dan anggota yang akan bertugas di semua tempat penamaan calon.

“Ini tidak termasuk anggota ‘standby’ yang lain, manakala 290 pegawai dan anggota sukarelawan polis digerakkan bagi membantu tugas-tugas tidak kritikal seperti penugasan di balai polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Arjunaidi berkata, pihaknya turut memberikan perhatian kerusi Parlimen panas, calon ‘heavy weight’ dan lokasi panas pada hari penamaan calon, hari berkempen serta mengundi.

“Kita jangka dan kenal pasti beberapa kerusi yang membabitkan persaingan sengit antaranya Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Gombak dan Sungai Buloh.

“Pada masa sama kita juga ambil kira kerusi membabitkan calon ‘heavy weight’ yang dikenal pasti iaitu Gombak, Shah Alam, Sungai Buloh, Ampang, Pandan, Kuala Selangor dan Sepang.

“Sejumlah 77 lokasi panas di seluruh negeri ini pula merujuk kepada tempat-tempat yang mungkin mudah berlaku kekecohan disebabkan beberapa faktor yang sensitif dan sebagainya.

“Lokasi ini kita memang memberikan tumpuan dengan menurunkan pasukan khas, termasuk termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memastikan tiada mana-mana pihak membuat kacau ganggu sepanjang PRU-15 berlangsung,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini