comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Lebih 300 pegawai, anggota polis ditugaskan di DUN Tioman esok

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. – FOTO: NSTP

KUANTAN: Seramai 350 pegawai dan anggota polis akan terlibat menjaga keselamatan dan mengawal situasi sepanjang proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), esok.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menasihati penduduk kawasan DUN Tioman keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dalam sistem demokrasi negara ini.

“Elakkan bertelagah sesama sendiri yang hanya sia-sia dan mengancam keselamatan diri dan masyarakat.

“Oleh itu, seramai 350 pegawai dan anggota polis bertugas di DUN Tioman termasuk di Pulau Tioman pada hari pengundian esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Seramai 350 pegawai dan anggota polis bertugas di DUN Tioman pada hari pengundian esok. – FOTO : NSTP

PRU-15 di DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli, 61 yang meninggal dunia akibat dipercayai serangan jantung beberapa jam sebelum proses pengundian PRU15 pada 19 November lalu.

DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon PN Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (PEJUANG) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly memberi laluan kepada calon BN untuk meningkatkan peluang untuk menang tetapi nama Mohd Fadzli masih tertera di kertas undi. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini