comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: MySPR sesak capai hits 2.5 juta per saat – SPR

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia bagi memulakan proses pengiraan undi bagi PRU15, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya. – FOTO: NSTP/Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sistem MySPR Semak mengalami gangguan dan kesesakan berikutan mencapai ‘hits’ terlampau tinggi sehingga melepasi 2.5 juta per saat.

Berdasarkan hantaran di Facebook rasminya, SPR memaklumkan pihaknya sedang memaksimakan penggunaan ‘server’ yang ada bagi mengatasi masalah itu.

“Sebagai alternatif pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian sama ada dengan menelefon talian hotline SPR di 03-88927218 atau menyemak di barung SPR di semua pusat mengundi,” katanya.

Sebelum ini, ramai warganet mengadu di media sosial selepas laman web MySPR di mana pengundi boleh menyemak butiran seperti pusat mengundi dan saluran mereka gagal berfungsi.

Perkara itu turut menarik perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak suruhanjaya itu memperbetulkan segera masalah yang dialami laman MySPR sehingga menyebabkan gangguan serta kelewatan di beberapa pusat pengundian. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini