comscore
Tumpuan :
Nasional

PRU-15: Pengundi dinasihatkan membeli tiket bas, tren awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan tren KTMB untuk pulang dan balik selepas mengundi dinasihatkan untuk membuat tempahan pembelian tiket pada saat awal.

Menurut laman web KTMB Intergrates Tikecting System (KITS) di online.ktmb.com.my, kuantiti jualan tiket tren Electric Ticketing Service (ETS) sudah mencapai kuantiti terhad bermula 16 November sehingga 19 November terutamanya dari destinasi Kuala Lumpur ke Ipoh, Butterworth dan Alor Setar beikutan orang ramai pulang untuk mengundi.

Selain itu, kuantiti jualan tiket tren ETS sudah mencapai kuantiti terhad pada 20 November hingga 21 November terutamanya dari destinasi Ipoh, Butterworth dan Alor Setar ke Kuala Lumpur susulan orang ramai pulang selepas mengundi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata belum ada peningkatan pada pembelian tiket bas ekspress terutama dari pelajar-pelajar institut pengajian tnggi (IPT) untuk pulang mengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat ini.

“Selain itu, pihak kami belum membuat tempahan bas ekspres tambahan untuk pengguna pulang mengundi menjelang PRU-15 kerana tempahan dan pembelian tiket bas ekspress masih belum terjual sepenuhnya.

“Jualan tiket bas ekspress juga belum terjual sepenuhnya kerana orang ramai masih menunggu pengumuman rasmi cuti khas pada 18 November dari Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ashfar, pengendali-pengendali bas yang layak untuk memohon Lesen Perubahan Sementara (LPS) perlu menempah bas ekspress tambahan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum 11 November bagi menampung permintaan pengguna perkhidmatan bas ekspres pada tempoh pilihan raya ini.

Ashfar menasihatkan pengguna perkhidmatan bas ekspress perlu merancang perjalanan awal pulang mengundi kerana tiada penambahan jumlah bas ekpress dalam tempoh saat akhir.

Orang ramai yang pulang mengundi pada PRU-15 juga boleh membuat tempahan dan membeli tiket bas tiket bas di kaunter bas berdekatan dan di laman web easybook.com

Namun, beberapa pengguna terutamanya pelajar IPT merungut berikutan harga tambang tiket penerbangan yang mahal terutamanya perjalanan dari destinasi dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

Menurut Twitter Malaysia Arlines (MAS), syarikat penerbangan tersebut mengamalkan harga dinamik seperti harga tiket akan berubah berdasarkan permintaan yang mereka terima seperti syarikat penerbangan yang lain.

Kata MAS di sosial media, harga tambang bergantung kepada ketersediaan tempat duduk dan berbeza mengikut penerbangan, destinasi serta tempoh perjalanan.

MAS menawarkan diskaun harga sebanyak 20% bagi semua penerbangan domestik bagi tempahan melalui laman sesawang rasmi www.malaysiaairlines.com serta aplikasi Malaysia Airlines sementara promosi ‘Jom Balik Mengundi’ sehingga 19 November.

Loading...
Terkini